Friday, 23 October 2015

Ada apa dengan berus gigi?

Sudah pasti semua orang kenal apa itu berus gigi.Setiap hari kita menggunakan berus gigi.Tetapi berapa ramai yang tahu asal usul berus gigi..Jom kita dapatkan sedikit info mengenai berus gigi.
Apa yang perlu anda tahu tentang berus gigi?
1) Amalan memberus gigi sudah lama diamalkan sejak zaman pra sejarah lagi.
2) Bangsa Arab menamakan berus gigi sebagai kayu sugi atau siwak yang dibuat daripada dahan atau bahagian pokok Arrak yang berbau wangi dimana kayu tersebut dikunyah atau diketuk sehingga menjadi serabut seperti berus.



3) Berus gigi moden seperti yang kita gunakan sekarang diadaptasi dari berus gigi yang dicipta pada tahun 1498 dan berasal dari negara China.Bulu berus dibuat daripada bulu khinzir dan disambung pada pemegang yang diperbuat daripada tulang atau buluh.Namun penggunaan berus gigi ini tidak terlalu meluas disebabkan kekangan dan sensitiviti amalan keagamaan.
4) Pada tahun 1857, berus gigi pertama telah dipatenkan oleh Dr H.N.Wadsworth.Semenjak itu pelbagai jenama berus gigi telah dikeluarkan oleh syarikat di Amerika Syarikat.

5) Salah satu jenama berus gigi terkenal dan terawal yang telah dihasilkan di Amerika Syarikat ialah 'Prophylactic' yang dibuat oleh syarikat Florence Massachusetts.

6) Pada tahun 1938,berus gigi yang lebih moden dikenali sebagai 'Doctor West Miracle Toothbrush' telah dikeluarkan oleh Dupont de Nemours dimana nilon yang lebih tahan lama dan efektif digunakan.Berus gigi seperti ini yang wujud sehingga kini sepertimana yang kebanyakan kita gunakan.Perbezaannya mungkin dari segi innovasi.

7) Seiring dengan arus kemodenan dunia,berus gigi yang lebih innovatif telah dipasarkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an.Berus gigi elektrik yang diberi nama Broxodent oleh Syarikat Squibb itu adalah antara jenama berus gigi elektrik yang pertama dipasarkan.
Sehingga kini pelbagai jenis jenama dan paten berus gigi telah dikeluarkan di serata dunia.Namun keaslian ciri-ciri berus gigi yang wujud sekarang masih menyamai berus gigi yang dicipta terlebih awal.

Diharapkan info ini berguna kepada anda semua!

Wednesday, 4 December 2013

Mutiara Minda Pilihan...Part 1

Kata Bomba-Cinta tak boleh dipadam
Kata Polis-Cinta itu sukar ditangkap
Kata Ustaz-Cinta itu anugerah
Kata Doktor-Cinta tak dapat diubati
Kata Guru-Cinta tak boleh dipelajari
Kata Hakim-Cinta tak boleh dihukum
Kata Pelukis-Cinta itu indah
Kata Ulama'-Cinta Allah SWT kekal abadi

Tuesday, 3 December 2013

Petua Anaktani...Cara Atasi Senggugut

1) Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam   secara samarata kuantiti kedua-duanya.
2) Isikan bahan tersebut ke dalam kapsul kosong.
3) Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam
4) Amalkan seminggu sebelum kedatangan haid

Petua Anaktani...Cara-cara Menghitamkan Rambut

1) Campurkan sesudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari
2) Masak di atas api sederhana sehingga daun kari hangus
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut sekerap yang mungkin

Wednesday, 17 April 2013

Cara-Cara Mengundi

Kepada yang baru pertama kali mengundi atau yang terlupa cara-cara mengundi boleh rujuk artikel di bawah  yang disediakan oleh MyLaunch Pad:


Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.


Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.


Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.


Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda. 


Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari. 


Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. 


Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.
Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.