Artikel di bawah boleh membantu anda mengetahui sejarah nenek moyang kita menanam dan menuai padi secara tradisional.Berbeza dengan penanaman padi secara moden pada masa sekarang yang lebih menggunakan teknologi mesin tetapi aplikasinya tetap sama yang berbeza cuma peralatan yang digunakan.
Sistem Penanaman Padi Tradisional
Sistem penanaman padi secara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:
1) Musim Bersawah
2) Musim Menuai
Musim Bersawah
Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.
Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan. Antara kerja-kerja yang dilakukan ketika musim bersawah adalah penyediaan tapak(petak) semaian,penyedian benih padi, penyediaan petak tanaman, memindahkan benih padi dari tapak semaian ke petak tanaman padi(proses penanaman) dan penjagaan padi.
Mengerjakan Sawah
Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah masing- masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan).
Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja mencabut semai.
![]() |
Tajak yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian. |
![]() |
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau. |
![]() |
Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata. |
![]() |
Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian. |
![]() |
Sabit Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi. |
3. Menggiling Tanah
Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala (membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi dijalankan.
Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala (membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi dijalankan.
Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.
![]() |
![]() |
Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau. |
![]() |
Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala. |
![]() |
Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai. |
![]() |
Tenggiling Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling. |
![]() |
Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling. |
4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian
Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti" (ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong). Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.
![]() |
Mencabut Semai Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita |
![]() |
Semai-semai Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi |
![]() |
Pengandar Semai Pengandar akan digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke sawah. Selalunya ia diperbuat daripada batang kayu yang keras. |
![]() |
Menanam Padi Menanam padi cara lama dilakukan oleh kaum wanita dengan menggunakan alat Kuku Kambing |
![]() |
Kuku Kambing Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing. |
![]() |
Terendak Digunakan sebagai tudung kepala sewaktu bekerja di sawah untuk berlindung daripada cahaya matahari Diperbuat daripada buluh yang disulam begitu menarik sekali. Biasanya dipakai oleh wanita. |
4. Penjagaan Padi
Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang mati), penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan sehinggalah padi masak. "Orang-orang" atau "Selayut" akan dipacak di tepi-tepi sawah bertujuan untuk menakutkan binatang seperti tikus dan burung daripada memusnahkan padi yang telah masak.
![]() |
Menjaga Padi Kerja-kerja penjagaan padi sedang dilakukan. |
![]() |
Menyulam Anak Padi Kerja-kerja menyulam (mengganti) anak padi sedang dijalankan. |
Musim Menuai
Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).Selepas kerja-kerja mengetam, mengiau dan mengerat dilakukan, proses seterusnya ialah menghirik(mengirik) padi iaitu proses meleraikan buah padi dari tangkainya, mengangkut padi, menghuroi, menyimpan dan akhir sekali menghasilkan beras.
Mengerat/Mengiau
1. Mengetam
Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini digunakan untuk memotong tangkai padi yang masak untuk dijadikan gemai (gemal) padi.
![]() |
Renggam Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Ia akan digunakan untuk mengetam buah padi yang akan dijadikan benih. |
![]() |
Gemai (Gemal) padi Tangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja membuat gemai-gemai padi sedang dilakukan. |
![]() |
Mengetam padi Kerja-kerja mengetam padi sedang dijalankan |
2. Mengiau padi
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan "pisau pengiau". Teknik penggunaannya sama seperti mengetam iaitu memotong tangkai (tengkok) pokok padi. Kaedah ini seringkali dilakukan ke atas pokok padi yang rebah.
![]() |
Pengiau Hulunya diperbuat daripada ranting kayu yang bengkok dan melengkung manakala mata pisau mengerat dipasak masuk ke ranting tersebut . Ia akan digunakan untuk menuai padi yang berkeadaan rebah |
![]() | ||
Cekam Ia diperbuat daripada ranting kayu yang bercabang dan diasah tajam. Ia juga digunakan untuk mengangkat pokok padi yang rebah sebelum proses menuai.
|
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap".
![]() |
Mengerat padi Kerja-kerja mengerat padi sedang dijalankan |
![]() |
Pisau mengerat Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi. |
2. Menggunakan Kerbau
Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-petak sawah yang banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu malam hingga ke dinihari secara gotong royong (berderau). Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi akan dihimpun dan diletakkan di atas tikar dan selepas itu kerbau tersebut akan berjalan berulangkali di atasnya sehinggalah buah padi terlerai.
3. Memukul (Membanting) Padi
Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada tangkainya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).
![]() |
Tong padi dan Layar digunakan untuk memukul padi |
![]() |
Kedap padi Gambar ini menunjukkan kedap-kedap padi diikat sebelum dipukul ke dalam tong. |
![]() |
Memukul padi Kerja-kerja memukul padi sedang dijalankan |
Mengangkut Padi
Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan menggunakan "anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini menggunakan tenaga kerbau untuk menariknya.
![]() |
Menghuroi padi Kerja-kerja menghuroi padi sedang dijalankan |
![]() |
Nyiru Jarang Ia juga merupakan anyaman buluh tetapi jarang dan mempunyai kaki yang bercabang tiga. Nyiru jarang digunakan untuk membersihkan padi. |
![]() |
Menjemur padi Padi-padi yang telah dibersihkan (dihuroi) akan dijemur sehingga kering sebelum disimpan di dalam jelapang padi. |
![]() |
Cakar Bara Diperbuat daripada kayu dan ia digunakan untuk mencakar padi dijemuran. |
![]() |
Menganginkan padi dengan menggunakan Nyiru Kerap bagi mengasingkan padi berisi dengan hampa padi. |
![]() |
Nyiru Kerap Digunakan untuk menampi padi bagi mengeluarkan hampa padi. |
![]() |
Kipas Pengangin Dan Penguroi Padi Untuk mengasingkan antara hampa dengan padi yang elok untuk dibuat benih. |
Menyimpan Padi
Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau diangkut ke dalam bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan diisi ke dalam kepok (kerubung) yang diperbuat daripada buluh yang selalunya di letakkan berhampiran bekas padi.
![]() |
Jelapang Padi Alat ini digunakan untuk menyimpan buah-buah padi yang telah dibersihkan (dihuroi) |
![]() |
Kepok Alat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi) |
![]() |
Proses menumbuk padi dengan lesung tangan |
Peralatan ini digunakan untuk menyukat padi atau beras
No comments:
Post a Comment