Friday, 23 October 2015

Ada apa dengan berus gigi?

Sudah pasti semua orang kenal apa itu berus gigi.Setiap hari kita menggunakan berus gigi.Tetapi berapa ramai yang tahu asal usul berus gigi..Jom kita dapatkan sedikit info mengenai berus gigi.
Apa yang perlu anda tahu tentang berus gigi?
1) Amalan memberus gigi sudah lama diamalkan sejak zaman pra sejarah lagi.
2) Bangsa Arab menamakan berus gigi sebagai kayu sugi atau siwak yang dibuat daripada dahan atau bahagian pokok Arrak yang berbau wangi dimana kayu tersebut dikunyah atau diketuk sehingga menjadi serabut seperti berus.



3) Berus gigi moden seperti yang kita gunakan sekarang diadaptasi dari berus gigi yang dicipta pada tahun 1498 dan berasal dari negara China.Bulu berus dibuat daripada bulu khinzir dan disambung pada pemegang yang diperbuat daripada tulang atau buluh.Namun penggunaan berus gigi ini tidak terlalu meluas disebabkan kekangan dan sensitiviti amalan keagamaan.
4) Pada tahun 1857, berus gigi pertama telah dipatenkan oleh Dr H.N.Wadsworth.Semenjak itu pelbagai jenama berus gigi telah dikeluarkan oleh syarikat di Amerika Syarikat.

5) Salah satu jenama berus gigi terkenal dan terawal yang telah dihasilkan di Amerika Syarikat ialah 'Prophylactic' yang dibuat oleh syarikat Florence Massachusetts.

6) Pada tahun 1938,berus gigi yang lebih moden dikenali sebagai 'Doctor West Miracle Toothbrush' telah dikeluarkan oleh Dupont de Nemours dimana nilon yang lebih tahan lama dan efektif digunakan.Berus gigi seperti ini yang wujud sehingga kini sepertimana yang kebanyakan kita gunakan.Perbezaannya mungkin dari segi innovasi.

7) Seiring dengan arus kemodenan dunia,berus gigi yang lebih innovatif telah dipasarkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an.Berus gigi elektrik yang diberi nama Broxodent oleh Syarikat Squibb itu adalah antara jenama berus gigi elektrik yang pertama dipasarkan.
Sehingga kini pelbagai jenis jenama dan paten berus gigi telah dikeluarkan di serata dunia.Namun keaslian ciri-ciri berus gigi yang wujud sekarang masih menyamai berus gigi yang dicipta terlebih awal.

Diharapkan info ini berguna kepada anda semua!